Friday, December 11, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 - KT Mini

MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN (SATU AYAT /PENYATAAN UMUM APA YANG HENDAK DICAPAI DI AKHIR KAJIAN)

Matlamat kajian tindakan ini ialah untuk meningkatkan minat pelajar dalam menghayati dan menguasai sesuatu isi pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Selain itu, ilmu pengetahuan tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

BENTUK OBJEKTIF KAJIAN

•Mengubah amalan pengajaran guru daripada bentuk syarahan kepada penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai.
•Menilai pencapaian pelajar dalam P&P selepas kaedah penggunaan video dan permainan dijalankan
.•Meneroka bagaimana penggunaan video dan permainan dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap P&P.

BENTUK SOALAN KAJIAN
•Bagaimanakah amalan pengajaran guru daripada bentuk syarahan kepada penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai
•Adakah pencapaian pelajar dalam P&P selepas kaedah penggunaan video
•Bagaimana penggunaan video dan permainan dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap P&P?

No comments:

Post a Comment