Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran - pengajaran subjek:
1) Cadangan secara individu
Norjannatun bt Hamzah:
Pengajaran sejarah haruslah dipelbagaikan dan teknik menghayati dan mengingati fakta yang terkandung dalam isi pengajaran. Selain itu, gaya penyampaian guru juga perlu berkesan agar penumpuan dan fokus kelas tidak tersasar.
Norhazlinda binti Mohamed Yusoff:
Bagi mengatasi masalah pembelajaran sains, guru perlu memastikan teknik penyampaian yang lebih efektif selain mempelbagaikan kaedah mengajar dan BBM dalam pengajaran.
Mohd Arshad bin Yahya:
Bagi mengatasi kelemahan dalam pengajaran subjek bahasa Melayu, peranan institusi-institusi yang berkaitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka perlu dimanipulasi sepenuhnya oleh guru bagi tujuan P & P. Hal ini bagi memberi pengalaman sebenar kepada pelajar untuk merasai sendiri penggunaan bahasa secara berkesan dan betul seperti sintaksis kesantunan berbahasa, fonologi dan sebagainya. Selain itu, penggunaan ABM dan kaedah mengajar yang betul juga perlu dititikberatkan.
.2) Cadangan dalam pasukan:Kelemahan dalam pengajaran tersebut dapat diselesaikan menerusi kepelbagaian teknik pengajaran bergantung kepada keadaan persekitaran. Keadaan persekitaran meliputi pelajar dan juga kelas. Sebagai tambahan, kaedah pengajaran guru perlu menekankan aspek pemusatan pelajar berbanding pemusatan guru.
Friday, December 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment