PEMBENTANGAN 1
TAJUK
Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Sirah Dan Tamadun Islam Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Tayangan Video
NAMA PEMBENTANG
Assarah binti Ahmad Suki P48590
Nurulhuda binti Rahim P48613
Nurul Hafiza binti Sohaimi P49004
PERNYATAAN MASALAH
1. Pelajar kurang berminat dengan pengajaran sirah
2. Pelajar kurang faham mengenai sirah dan tamadun Islam kerana fakta yang panjang
3. Pelajar malu untuk berkomunikasi kerana kurang kefahaman terhadap topik sirah
dan tamadun Islam.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA
1. Perancangan Rancang aktiviti P & P
• Rancangan Pengajaran Harian
2. Rancang Pengumpulan data
• Pemerhatian guru
• Rakaman video
• Temubual
3. Pelaksanaan dan pemerhatian Sesi pengajaran
• Tayangan video
• Perbincangan
• Pembentangan
4. Pemerhatian guru
• Reaksi dan tingkahlaku pelajar
• Rakaman video
• Respon rakan pengkaji
5. Penilaian dan relfleksi
Analisis Data
• Pemerhatian guru
• Rakaman video
• Temubual pelajar
KEKUATAN DAN KELEMAHAN
1. Rakaman Video
Kekuatan: Visual dan komprehensif
Kelemahan: Mahal dan boleh menganggu.
Kegunaan: Bahan visual dan diagnostik.
2. Temubual
Kekuatan: Melibatkan pelbagai lapisan peserta dan perspektif.
Kelemahan: Kekangan masa.
Kegunaan: Maklumat spesifik yang terperinci.
3. Pemerhatian
Kekuatan: Mudah, berterusan dan personal.
Kelemahan: Subjektif dan perlukan latihan.
Kegunaan: Isu-isu spesifik, kajian kes dan impresi umum.
Cadangan Penambahbaikan
1. Lakukan kajian kes iaitu bagi dapatkan pandangan komprehensif tentang isu dan format yang boleh diterbit.
2. Lakukan soal selidik bagi mendapatkan maklumat dan maklumbalas spesifik.
PEMBENTANGAN 2
TAJUK
Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Melalui Kaedah Permainan Di Dalam Kelas 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching.
NAMA PEMBENTANG
Nor Zira binti Shafie (P48688)
Nor Bahariah binti Baharin (P48665)
PERNYATAAN MASALAH
1. Pelajar didapati tidak memberikan perhatian seratus peratus di dalam kelas semasa proses
P&P dijalankan.
2. Pelajar juga dilihat malu untuk bertanya di dalam kelas. -Apabila disoal oleh guru, pelajar
dilihat kurang berkeyakinan untuk memberikan jawapan atau mengutarakan pendapat
mereka sendiri.
3. Pelajar juga lemah dalam aspek kemahiran berfikir kreatif dan kritis (KBKK).
PENGUMPULAN DATA
-Pengumpulan data dibuat menggunakan 5 pendekatan iaitu:
1. Ujian pre-test (ujian setara 2 tingkatan 4),
2. Pemerhatian oleh guru semasa sesi P&P dan sesi permainan berlangsung.
3. Temubual selepas ketiga-tiga permainan dilaksanakan, soal selidik yang dilaksanakan (35 soalan dikemukakan)
4. Ujian post-test.
PENGANALISIAN DATA
-Sebelum kajian: Dapatan kajian menunjukkan semasa pre-test, pelajar lemah dalam subjek Sains terutamanya bahagian subjektif dan purata markah yang lulus hanyalah 7 orang. Pelajar juga dilihat lebih suka berdiam diri atau menjawab tidak tahu sekiranya disoal di dalam kelas.
-Selepas kajian: Selepas aktiviti permainan dijalankan, pelajar lebih berani untuk menjawab soalan subjektif dan terdapat peningkatan markah terutamanya pada subjek Sains kertas dua. Selain itu, pelajar juga berpendapat aktiviti permainan tersebut mengembangkan kemahiran berfikir mereka dan meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi di dalam kelas.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN
1. Pemerhatian
Kekuatan: Mudah, berterusan dan personal.
Kelemahan: Subjektif dan perlukan latihan.
Kegunaan: Isu-isu spesifik, kajian kes dan impresi umum.
2. Temubual
Kekuatan: Melibatkan pelbagai lapisan peserta dan perspektif.
Kelemahan: Memakan masa.
Kegunaan: Maklumat spesifik yang terperinci.
Cadangan Penambahbaikan:
1. Melakukan soal selidik bagi mendapatkan maklumat dan maklumbalas spesifik.
2. Melakukan kajian kes iaitu boleh mendapatkan pandangan yang lebih kpmrehensif tentang isu yang dikaji selain format yang boleh diterbit.
No comments:
Post a Comment