Friday, November 13, 2009

Tugasan Ulasan Jurnal

Jurnal 1:
Percubaan Guru-Guru Sains bagi Intergrasi Pedagogi Feminin melalui Kolaboratif Kajian Tindakan


Oleh Brenda M. Capobianco

Jabatan Kurikulm dan Arahan, Universiti Purdue, 100 North University Street.

Abstrak: Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk mengkaji pengalaman ketiga-tiga guru sains yang cuba menukar gaya pengajaran dengan melakukan kajian tindakan ke atas pengajaran sains feminist. Para guru terlibat dalam kaedah pengajaran yang sistematik dan kajian yang bersifat self-critical dan telah terlibat dengan 8 orang lagi untuk menjalankan temubual kolaboratif tentang kesemulajadian sains, sains pengajaran dan pendidikan sains sebagai cara yang terbaik untuk memahami bagaimana sains boleh diajar terhadap pelbagai kumpulan pelajar yang mengandungi pelbagai peringkat. Data telah dikumpul menerusi temubual separa struktur, perbincangan keseluruhan kumpulan, pemerhatian kelas dan rujukan terhadap dokumen-dokumen sokongan. Analisis data adalah berdasarkan penyelidikan naratif, iaitu perhatian khusus telah diberikan terhadap pembinaan dan pembinaan semula penceritaan guru-guru tentang penyelidikan-penyelidikan praktikal. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa guru sebagai pengkaji terhadap pengajaran mereka sendiri telah menemui pengetahuan baru tentang pengajaran sains oleh guru feminist dan pada masa yang sama telah menjana kepelbagaian kemungkinan keupayaan pedagogi bagi pengajaran sains yang dinamik dan inklusif.



Jurnal 2:
Meningkatkan Kesan-Kesan Kerja Berkumpulan di dalam Kelas-Kelas Pada Peringkat Persekolahan Kana-Kanak: Memudahkan Pencapaian, Interaksi dan Aktiviti Kelas.

Oleh Peter Kutnick, Cathy Ota dan Lucia Berdondini.

Jabatan Pendidikan dan Pengajian Profesional, King College, Universiti of London, Franklin-Wilkins Building, Waterloo Road, London SE1 9NH, United Kingdom.

Abstrak: Kanak-kanak sekolah rendah biasanya sering duduk di dalam kumpulan-kumpulan tertentu namun kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini tidak bekolaborasi atau belajar dengan berkesan dalam kumpulan-kumpulan tersebut. Kajian ini tertumpu kepada kanak-kanak berumur 5-7 tahun. Dengan menggunakan gaya quasi-experimental, kanak-kanak yang berada di dalam kelas eksperimental telah melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan kerja berkumpulan sepanjang sesi persekolahan. Sembilan ratus dan 80 kanak-kanak (dari 17 experimental dan 21 kelas-kelas kawalan) telah dinilai dan telah dibandingkan bagi pencapaian (membaca dan mengira), motivasi bagi kerja kumpulan dan kelakuan/ keramahan. Selang setahun berlalu, kanak-kanak di dalam kelas eksperimental tersebut lebih maju berbanding dengan kana-kanak yang dikawal dari segi pandangan terhadap pencapaian akademik, motivasi tentang bekerja dengan orang lain, kumpulan dan fokus kerja dan telah menunjukkan interaksi yang lebih pada peringkat yang tinggi dengan rakan-rakan. Hal ini boleh disimpulkan bahawa kanak-kanak boleh berhubung dengan berkesan dalam kerja kumpulan yang mampu meningkatkan pencapaian akademik mereka.




Jurnal 3:
Kajian Kualitatif Mengenai Pra-Perkhidmatan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing (ESL) Pendapat-Pendapat Guru.

Oleh Leyla Tercanlioglu.

Hittie University, Corum, Turki.

Abstrak: Persepsi pelajar pendidikan Pra-Perkhidmatan Bahasa Inggeris tentang pengalaman pendidikan mereka telah menyediakan pengertian dan pemahaman yang luas bagi membangunkan strategi pengajaran yang berkesan dalam pendidikan guru bahasa Inggeris. Objektif-objektif kajian ialah 1) bagi mengenalpasti isu-isu yang menarik minat dan membimbangkan jabatan 20 bagi mengenalpasti tahap kebimbangan terhadap isu-isu jabatan. Data telah diambil menerusi temubual kumpulan fokus yang melibatkan 5 pelajar perguruan dalam setiap 5 kumpulan. Dapatan mendapati bahawa jabatan pendidikan guru bahasa Inggeris khususnya para pelajar perguruan tidak menunaikan kebanyakkan tujuan mereka walaupun terdapat kekuatan. Mengenalpasti apa yang pelajar fikirkan boleh membantu bagi membuka mata dan minda pendidik bahasa Inggeris tentang realiti pendidikan guru bahasa Inggeris di peringkat tempatan dan global.

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 3: Tugasan 3 - Kolokium

TAJUK 1:
Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Sirah Dan Tamadun Islam Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Tayangan Video

NAMA PEMBENTANG:

Assarah binti Ahmad Suki P48590
Nurulhuda binti Rahim P48613
Nurul Hafiza binti Sohaimi P49004

Kajian tindakan ini bersesuaian kerana berlaku perubahan tingkahlaku terhadap para pelajar di sekolah tersebut. Penggunaan video telah Berjaya meningkatkan kefahaman terhadap sirah dan tamadun Islam dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana pembelajaran sirah lebih bersifat abstrak dan kaedah syarahan bukanlah kaedah terbaik bagi menyampaikannya. Oleh itu, pendekatan tayangan video lebih bersifat interaktif dan pelajar lebih jelas mengenai fakta sirah yang cuba disampaikan.

TAJUK 2:
Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Melalui Kaedah Permainan Di Dalam Kelas 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching.

NAMA PEMBENTANG:
Nor Zira binti Shafie (P48688)
Nor Bahariah binti Baharin (P48665)

Kajian tindakan ini bersesuaian dan berjaya mencapai matlamatnya pelajar telah meningkatkan penglibatan aktif pelajar terhadap proses P&P. Kaedah permainan bukan sahaja mengurangkan tahap kebosanan pelajar tetapi menjadikan proses P&P lebih menarik. Pada masa yang sama, kaedah in berjaya membentuk kemahiran komunikasi di kalangan pelajar untuk berinteraksi jika ditanya oleh guru. Berbanding kaedah ‘talk & chalk’ yang dianggap lebih tegas iaitu pelajar kurang berkeyakinan untuk berinteraksi apabila disoal oleh guru.

Aktiviti 1: Tugasan 1 Buku

Apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan secara individu?

Kajian tindakan ialah suatu proses yang menggalakkan pemikiran kreatif di kalangan pengkaji agar menjadi lebih inovatif dalam menyelesaikan masalah atau melakukan penambahbaikan yang ingin dilakukan. Dengan kata lain, kajian tindakan merupakan suatu proses yang berterusan dan akan mencapai tahap utiliti tertentu pada masa tertentu.

Apa maksud kajian tindakan secara kumpulan?

Kajian tindakan ialah suatu proses iaitu pengkaji cuba mengkaji sesuatu masalah dalam usaha untuk memperbaiki kaedah amalan yang diamalkan dalam sesebuah organisasi. Dengan kata lain, sebagai seorang pengkaji mereka perlu bersifat kritikal dan fleksibel iaitu peka terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.

Tugasan Kelas: Model-Model Kajian Tindakan

1. Konsep Kajian Tindakan Kurt Lewin


Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin


Lewin percaya bahawa kesedaran atau motivasi untuk berubah sangat berkait rapat dengan tindakan seseorang : seseorang yang aktif dan tegas dalam membuat keputusan mempengaruhi mereka untuk membina kaedah baru untuk menyelesaikan masalah mereka. “ Pengurusan sosial secara rasional”, katanya “ melibatkan langkah-langkah spiral di mana setiap langkah mengandungi kitaran merancang(planning), tindakan(action) dan dapatan kajian(fact-finding) berdasarkan hasil akhir tindakan.

Lewin menerangkan bahawa proses perubahan melibatkan tiga langkah iaitu :

1. Unfreezing: berdepan dengan dilema atau ketidakpastian, individu atau kelompok menjadi lebih sedar tentang keperluan untuk berubah.

2. Changing: Situasi menentukan diagnosis dan model baru untuktingkah laku yang akan diterokai dan diuji.

3. Refreezing: Aplikasi untuk tingkahlaku akan dinilai dan jika membantu kearah penambahbaikkan maka model itu akan digunakan.


2. Konsep Kajian Tindakan Stephan Kemmis



Rajah 2 : Model Kajian Tindakan Stephan Kemmis


Stephen Kemmis telah membina satu model ringkas menunjukkan kitaran semulajadi bagi kajian tindakan yang khas (Rajah 2). Setiap kitaran mempunyai empat langkah : merancang, membuat, memerhati dan refleksi.



3. Konsep Kajian Tindakan Gerald Susman (1983)



Rajah 3 : Model Kajian Tindakan Gerald Susman


Gerald Susman(1983) telah membahagikan model kajian tindakan kepada lima fasa yang akan dilaksanakan dalam setiap kitaran(Rajah 3). Mulanya, masalah akan dikenalpasti dan data akan dikumpul untuk memastikan diagnosis yang lebih terperinci. Ini juga akan disusulkan oleh koleksi asumsi dari pelbagai kemungkinan penyelesaian, daripada setiap perancangan dari tindakan muncul dan dilaksanakan. Data dari setiap hasil intervensi akan dikumpul dan dianalisis, dan dapatan kajian tersebut akan ditafsirkan dengan jelas tentang kejayaan tindakan tersebut. Pada peringkat ini, masalah akan dinilai semula dan proses-proses tersebut akan dimulakan di kitaran yang berikutnya. Proses ini sentiasa berulang sehingga masalah dapat diselesaikan.

Tugasan 3: Pembentangan Kolokium

PEMBENTANGAN 1

TAJUK
Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Sirah Dan Tamadun Islam Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Tayangan Video

NAMA PEMBENTANG
Assarah binti Ahmad Suki P48590
Nurulhuda binti Rahim P48613
Nurul Hafiza binti Sohaimi P49004

PERNYATAAN MASALAH

1. Pelajar kurang berminat dengan pengajaran sirah
2. Pelajar kurang faham mengenai sirah dan tamadun Islam kerana fakta yang panjang
3. Pelajar malu untuk berkomunikasi kerana kurang kefahaman terhadap topik sirah dan tamadun Islam

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bahagian Sirah dan Tamadun Islam pelajar tingkatan satu SMKA Sultan Muhammad melalui pendekatan tayangan video pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN

• Meningkatkan minat pelajar terhadap topik sirah
• Memudahkan pemahaman pelajar
• Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar sesama mereka.

SAMPEL KAJIAN
•Pelajar Tingkatan Satu SMKA Sultan Muhammad.

PERSOALAN KAJIAN

• Apakah tayangan video pembelajaran ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap topik sirah dan tamadun Islam
• Apakah melalui tayangan video, pelajar boleh memahami fakta-fakta sejarah yang panjang dengan lebih cepat dan mudah.

PEMGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA
1. Perancangan
Rancang aktiviti P & P
• Rancangan Pengajaran Harian

2. Rancang Pengumpulan data
• Pemerhatian guru
• Rakaman video
• Temubual

3. Pelaksanaan dan pemerhatian
Sesi pengajaran
• Tayangan video
• Perbincangan
• Pembentangan

4. Pemerhatian guru
• Reaksi dan tingkahlaku pelajar
• Rakaman video
• Respon rakan pengkaji

5. Penilaian dan relfleksi
Analisis Data
• Pemerhatian guru
• Rakaman video
• Temubual pelajar

IMPLIKASI DATA
Pemerhatian guru
Ø pelajar kelihatan begitu teruja dan tidak sabar untuk menonton video tersebut.
Ø Hasil pembentangan menunjukkan pelajar aktif memberikan rumusan dan pendapat
Ø Pelajar juga dapat berkomunikasi dengan baik
Ø Kedudukan meja dan kerusi yang teratur dan kesan audio dan visual lebih baik telah memberi kesan yang lebih positif

APA YANG DIPELAJARI
1. Kaedah video boleh dianggap sebagai kaedah terpantas untuk meningkatkan kefahaman pelajar berbanding kaedah syarahan dan proses P & P.
2. Guru-guru perlu mahir dengan penggunaan teknologi maklumat bukan hanya sekadar menggunakan kaedah 'talk & chalk'.



PEMBENTANGAN 2

Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Melalui Kaedah Permainan Di Dalam Kelas 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching.

NAMA PEMBENTANG

Nor Zira binti Shafie (P48688)
Nor Bahariah binti Baharin (P48665)


PERNYATAAN MASALAH
-Pelajar didapati tidak memberikan perhatian seratu peratus di dalam kelas semasa proses P&P dijalankan.
-Pelajar juga dilihat malu untuk bertanya di dalam kelas.
-Apabila disoal oleh guru, pelajar dilihat kurang berkeyakinan untuk memberikan jawapan atau mengutarakan pendapat mereka sendiri.
-Pelajar juga lemah dalam aspek kemahiran berfikir kreatif dan kritis (KBKK).

METODOLOGI
-Model Kemmis dan Mac Taggart (1998) iaitu Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan yang mempunyai 2 kitaran.
-Hasil kajian pada kitaran pertama akan dibuat refleksi dan kemudiannya diteruskan dengan kitaran kedua.
-Semasa refleksi awal, masalah yang dikaji dikenalpasti selepas 2 kali sesi pengajaran dijalankan. Refleksi dilakukan daripada markah ujian setara 2 tingkatan 4 yang dijalankan pada bulan Ogos 2009. Refleksi ini merupakan instrumen pre-test. Seterusnya, guru merancang 3 permainan yang dijalankan iaitu bola hikmah, dam ular dan dart. Ketiga-tiga permainan ini dijalankan pada bulan Ogos sehingga awal bulan Oktober. Permainan bola hikmah dijalankan secara individu manakala dua lagi permainan dilaksanakan secara berkumpulan.

SETTING KAJIAN

-Pelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching.

SAMPEL KAJIAN
-Kajian ini melibatkan seramai 40 orang pelajar tingkatan 4. Kajian ini dibuat selama 3 bulan bermula Julai 2009 sehingga Oktober 2009 melalui 3 permainan yang dipilih iaitu bola hikmah, dam ular dan dart.

PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data dibuat menggunakan 5 pendekatan iaitu:
1. Ujian pre-test (ujian setara 2 tingkatan 4),
2. Pemerhatian oleh guru semasa sesi P&P dan sesi permainan berlangsung.
3. Temubual selepas ketiga-tiga permainan dilaksanakan, soal selidik yang dilaksanakan (35 soalan dikemukakan)
4. Ujian post-test.

PENGANALISIAN DATA
-Sebelum kajian: Dapatan kajian menunjukkan semasa pre-test, pelajar lemah dalam subjek Sains terutamanya bahagian subjektif dan purata markah yang lulus hanyalah 7 orang. Pelajar juga dilihat lebih suka berdiam diri atau menjawab tidak tahu sekiranya disoal di dalam kelas.
-Selepas kajian: Selepas aktiviti permainan dijalankan, pelajar lebih berani untuk menjawab soalan subjektif dan terdapat peningkatan markah terutamanya pada subjek Sains kertas dua. Selain itu, pelajar juga berpendapat aktiviti permainan tersebut mengembangkan kemahiran berfikir mereka dan meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi di dalam kelas.

IMPLIKASI DATA
-Kaedah permainan mampu meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa proses P&P dijalankan.
-Pendekatan permainan juga membantu meningkatkan keyakinan pelajar.
-Pendekatan ini juga mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis mereka.

APA YANG DAPAT DIPELAJARI
1. Guru perlu lebih kreatif dalam meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap proses P & P.
2. Persepsi yang menyatakan bahawa permainan bukan suatu proses pembelajaran perlu diubah kerana permainan juga merupakan proses pembelajaran.

Thursday, November 5, 2009

Tugasan Kelas: 10 Sebab Kajian Tindakan Perlu Dilakukan

Terdapat pelbagai sebab atau justifikasi mengapa kajian tindakan perlu dilakukan. Walaubagimanapun, sebab tersebut perlu dilihat dari pelbagai aspek. Antaranya ialah

1. Memberi idea kepada guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran mereka.
2. Menjadikan guru lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran matapelajaran.
3. Memberi motivasi kepada guru untuk lebih bersemangat untuk mengajar.
4. Membantu guru mengenali budaya dan persekitaran kelas yang diajar.
5. Membantu guru mengenali psikologi pendidikan dengan lebih jelas.
6. Membantu guru mengajar matapelajaran tertentu dengan lebih sukar.
7. Membantu guru menilai kembali proses pengajaran yang telah dilakukan.
8. Membantu pihak kerajaan agar lebih peka terhadap perkembangan pendidikan.
9. Menjadikan pendidikan lebih bersifat penyelidikan dan saintifik.
10.Membantu merancang dan memantau proses pengajaran agar lebih mewujudkan minat dan
kefahaman yang tinggi dikalangan pelajar.