Berdasarkan buku yang dibaca:
Tajuk: Teacher as Researchers: Qualitative Inquiry as a Path to Empowerment
Pengarang: Joe L Kincheloe
Bincang tentang "mengenalpasti masalah kajian tindakan".
Menurut penulis, mengenalpasti masalah kajian tindakan turut dikenali sebagai kerja yang tidak elok. Hal ini berdasarkan kepada anggapan:
1. Sosial Darwinism.
2. Semulajadi sebagai musuh.
3. Sains sebagai pembekal 'fakta'.
4. Kecekapan sebagai produktiviti maksimum.
5. Keunggulan tentang kecekapan sistem.
6. Tujuan kerja adalah bertujuan untuk mempromosikan sekurang-kurangnya kebajikan jangka pendek seseorang dan kebanyakkannya kebajikan negara bagi jangka masa pendek.
7. Kemungkinan kegembiraan umat manusia bergantung kepada penerimaan terhadap barangan pengguna.
Selain itu, dalam mengenalpasti masalah untuk dianggap sebagai 'kritikal', perlu memenuhi 5 keperluan berikut:
1. Kajian perlu menolak pandangan ahli positivism tentang rasional, objektif dan kebenaran. Pengkaji yang kritikal akan menolok anggapan fahaman postivism bahawa keseluruhan isu pendidikan adalah bersifat teknikal dan bukannya bersifat politik dan etika.
2. Kajian mestilah lebih berwaspada terhadap tafsiran amalan pengajaran atau nilai-nilai yang diamalkan oleh pendidik. Pemahaman terhadap diri sendiri oleh pendidik yang sentiasa melakukan refleksi akan membantu mereka untuk sedar akan nilai komitmen diri sendiri, nilai komitmen orang lain dan nilai yang dipegang oleh budaya yang dominan.
3. Kajian yang kritikal perlulah dibezakan antara secara ideologi antara tafsiran peribadi dan tafsiran yang lebih meluas. Sebagai contoh, jika pendidik berasa bimbang terhadap interpretasi tempat kerjanya, mereka selalunya berada dalam keadaan yang bahaya. Kajian kritikal ini penting bagi menghurai pegangan palsu ini dengan menyediakan kaedah-kaedah bagi mengatasi kesan pegangan tersebut.
4. Kajian kritikal juga perlu menyingkap aspek-aspek amalan-amalan sosial yang dominan yang menghalang tujuan akhir kebenaran.
5. Kajian kritikal sentiasa dipandu oleh kesedaran tentang bagaimana kajian tersebut diamalkan. Tujuan kajian ialah bagi membantu membimbing pekerjaan guru dengan mengkaji tindakan-tindakan yang sepatutnya diambil sekiranya mereka ingin melakukan penyelesaian terhadap struktur sosial dengan cara tersendiri.
Friday, December 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment