Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 1: Ulasan Buku

Tajuk Buku: Teacher As Reseachers: Qualitative Inquiry As A Path To Empowerment

Menurut buku ini, kajian kuantitatif lebih menekankan kepada kekerapan berbanding kualitatif yang lebih menekankan kepada ciri-ciri abstrak sesuatu fenomena yang berlaku. Pengkaji-pengkaji kualitatif perlu mengekalkan pendirian bahawa setiap fenomena semulajadi yang berlaku tidak boleh ditafsirkan dalam bentuk kuantitatif. Dengan kata lain, mereka akan kehilangan ‘realiti’ sebenar jika menafsirkan situasi tersebut dalam bentuk kekerapan. Pengetahuan umat manusia melibatkan pemahaman terhadap kualiti iaitu hal tersebut tidak boleh dihuraikan melalui penggunaan nombor. Pada masa yang sama, pengkaji kualitatif lebih melihat kepada ‘makna’ sesuatu peristiwa yang berlaku berbanding dengan apa yang dilihat melalui mata kasar.

Terdapat beberapa ciri-ciri dalam mengumpul data dengan menggunakan kaedah kualitatif ini. Antaranya:
  1. Perlu peka terhadap suasana.
    - Pengalaman manusia dibentuk dalam suasana-suasana tertentu dan tidak boleh difahami jika dipisahkan dari suasana sebenar. Oleh itu, kajian kualitatif sebaik mungkin cuba menjadi ‘semulajadi’ yang boleh, iaitu suasana tersebut tidak boleh dibina atau diubahsuai.
  2. Perlu memaparkan pengalaman menurut sejarah iaitu pengkaji perlu meneroka keseluruhan aspek-aspek tentang pengalaman tersebut.
    - Sebagai individu yang meneroka situasi-situasi manusia, mereka perlu mengenalpasti pelbagai faktor yang membentuk mereka.
  3. Kaedah inkuiri perlulah sesuai dengan matlamat inkuiri yang dijalankan.
    - Kajian kualitatif perlulah melihat kepada bentuk budaya dan sosial pengalaman yang ingin dikaji atau hubungan di kalangan peristiwa yang pelbagai atau makna sesuatu peristiwa.
  4. Idea bagi melakukan penilaian.
    - Fungsi aspek penilaian kajian kualitatif ini ialah bagi menghuraikan asas-asas kualiti tentang peristiwa yang ingin dikaji, bagi mentafsir makna dan hubungan di antara peristiwa-peristiwa tersebut dan bagi menilai kepentingan peristiwa ini dalam kesedaran pendidikan dan sosial.

No comments:

Post a Comment