Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 3: Kolokium

PEMBENTANGAN 1


TAJUK

Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Sirah Dan Tamadun Islam Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Tayangan Video


NAMA PEMBENTANG

Assarah binti Ahmad Suki P48590

Nurulhuda binti Rahim P48613

Nurul Hafiza binti Sohaimi P49004


PERNYATAAN MASALAH

1. Pelajar kurang berminat dengan pengajaran sirah

2. Pelajar kurang faham mengenai sirah dan tamadun Islam kerana fakta yang panjang

3. Pelajar malu untuk berkomunikasi kerana kurang kefahaman terhadap topik sirah

dan tamadun Islam.


PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA

1. Perancangan Rancang aktiviti P & P

• Rancangan Pengajaran Harian


2. Rancang Pengumpulan data

• Pemerhatian guru

• Rakaman video

• Temubual


3. Pelaksanaan dan pemerhatian Sesi pengajaran

• Tayangan video

• Perbincangan

• Pembentangan


4. Pemerhatian guru

• Reaksi dan tingkahlaku pelajar

• Rakaman video

• Respon rakan pengkaji


5. Penilaian dan relfleksi

Analisis Data

• Pemerhatian guru

• Rakaman video

• Temubual pelajar


KEKUATAN DAN KELEMAHAN

1. Rakaman Video

Kekuatan: Visual dan komprehensif

Kelemahan: Mahal dan boleh menganggu.

Kegunaan: Bahan visual dan diagnostik.


2. Temubual

Kekuatan: Melibatkan pelbagai lapisan peserta dan perspektif.

Kelemahan: Kekangan masa.

Kegunaan: Maklumat spesifik yang terperinci.


3. Pemerhatian

Kekuatan: Mudah, berterusan dan personal.

Kelemahan: Subjektif dan perlukan latihan.

Kegunaan: Isu-isu spesifik, kajian kes dan impresi umum.


Cadangan Penambahbaikan

1. Lakukan kajian kes iaitu bagi dapatkan pandangan komprehensif tentang isu dan format yang boleh diterbit.

2. Lakukan soal selidik bagi mendapatkan maklumat dan maklumbalas spesifik.


PEMBENTANGAN 2


TAJUK

Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Melalui Kaedah Permainan Di Dalam Kelas 4 Dedikasi SMK Bandar Rinching.


NAMA PEMBENTANG

Nor Zira binti Shafie (P48688)

Nor Bahariah binti Baharin (P48665)


PERNYATAAN MASALAH

1. Pelajar didapati tidak memberikan perhatian seratus peratus di dalam kelas semasa proses

P&P dijalankan.

2. Pelajar juga dilihat malu untuk bertanya di dalam kelas. -Apabila disoal oleh guru, pelajar

dilihat kurang berkeyakinan untuk memberikan jawapan atau mengutarakan pendapat

mereka sendiri.

3. Pelajar juga lemah dalam aspek kemahiran berfikir kreatif dan kritis (KBKK).


PENGUMPULAN DATA

-Pengumpulan data dibuat menggunakan 5 pendekatan iaitu:

1. Ujian pre-test (ujian setara 2 tingkatan 4),

2. Pemerhatian oleh guru semasa sesi P&P dan sesi permainan berlangsung.

3. Temubual selepas ketiga-tiga permainan dilaksanakan, soal selidik yang dilaksanakan (35 soalan dikemukakan)

4. Ujian post-test.


PENGANALISIAN DATA

-Sebelum kajian: Dapatan kajian menunjukkan semasa pre-test, pelajar lemah dalam subjek Sains terutamanya bahagian subjektif dan purata markah yang lulus hanyalah 7 orang. Pelajar juga dilihat lebih suka berdiam diri atau menjawab tidak tahu sekiranya disoal di dalam kelas.


-Selepas kajian: Selepas aktiviti permainan dijalankan, pelajar lebih berani untuk menjawab soalan subjektif dan terdapat peningkatan markah terutamanya pada subjek Sains kertas dua. Selain itu, pelajar juga berpendapat aktiviti permainan tersebut mengembangkan kemahiran berfikir mereka dan meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi di dalam kelas.


KEKUATAN DAN KELEMAHAN

1. Pemerhatian

Kekuatan: Mudah, berterusan dan personal.

Kelemahan: Subjektif dan perlukan latihan.

Kegunaan: Isu-isu spesifik, kajian kes dan impresi umum.


2. Temubual

Kekuatan: Melibatkan pelbagai lapisan peserta dan perspektif.

Kelemahan: Memakan masa.

Kegunaan: Maklumat spesifik yang terperinci.


Cadangan Penambahbaikan:

1. Melakukan soal selidik bagi mendapatkan maklumat dan maklumbalas spesifik.

2. Melakukan kajian kes iaitu boleh mendapatkan pandangan yang lebih kpmrehensif tentang isu yang dikaji selain format yang boleh diterbit.

Aktiviti 2: Jurnal

Jurnal 1:

Tajuk
Action Research and Distributed Problem-Based Learning in Continuing Professional Education.
oleh David McConnell

Analisis dan Pengumpulan Data
Menggunakan kaedah kualitatif.
Data diperolehi dari dua set iaitu transkrip komunikasi dan kerja daripada peserta.
Seterusnya data diperolehi dari temubual secara bersemuka.

Jurnal 2:

Tajuk
Improving the effects of group working in classrooms with
young school-aged children: Facilitating attainment,
interaction and classroom activity oleh Peter Kutnick, Cathy Ota & Lucia Berdondini.

Analisis dan Pengumpulan Data
Menggunakan kaedah pemerhatian.

Jurnal 3:

Tajuk
Teacher characteristics and teaching styles as effectiveness
enhancing factors of classroom practice

Analisis dan Pengumpulan Data
Menggunakan pelbagai kaedah. Penggunaan soal selidik, pemerhatian dan temubual.

Aktiviti 1: Ulasan Buku

Tajuk Buku: Teacher As Reseachers: Qualitative Inquiry As A Path To Empowerment

Menurut buku ini, kajian kuantitatif lebih menekankan kepada kekerapan berbanding kualitatif yang lebih menekankan kepada ciri-ciri abstrak sesuatu fenomena yang berlaku. Pengkaji-pengkaji kualitatif perlu mengekalkan pendirian bahawa setiap fenomena semulajadi yang berlaku tidak boleh ditafsirkan dalam bentuk kuantitatif. Dengan kata lain, mereka akan kehilangan ‘realiti’ sebenar jika menafsirkan situasi tersebut dalam bentuk kekerapan. Pengetahuan umat manusia melibatkan pemahaman terhadap kualiti iaitu hal tersebut tidak boleh dihuraikan melalui penggunaan nombor. Pada masa yang sama, pengkaji kualitatif lebih melihat kepada ‘makna’ sesuatu peristiwa yang berlaku berbanding dengan apa yang dilihat melalui mata kasar.

Terdapat beberapa ciri-ciri dalam mengumpul data dengan menggunakan kaedah kualitatif ini. Antaranya:
  1. Perlu peka terhadap suasana.
    - Pengalaman manusia dibentuk dalam suasana-suasana tertentu dan tidak boleh difahami jika dipisahkan dari suasana sebenar. Oleh itu, kajian kualitatif sebaik mungkin cuba menjadi ‘semulajadi’ yang boleh, iaitu suasana tersebut tidak boleh dibina atau diubahsuai.
  2. Perlu memaparkan pengalaman menurut sejarah iaitu pengkaji perlu meneroka keseluruhan aspek-aspek tentang pengalaman tersebut.
    - Sebagai individu yang meneroka situasi-situasi manusia, mereka perlu mengenalpasti pelbagai faktor yang membentuk mereka.
  3. Kaedah inkuiri perlulah sesuai dengan matlamat inkuiri yang dijalankan.
    - Kajian kualitatif perlulah melihat kepada bentuk budaya dan sosial pengalaman yang ingin dikaji atau hubungan di kalangan peristiwa yang pelbagai atau makna sesuatu peristiwa.
  4. Idea bagi melakukan penilaian.
    - Fungsi aspek penilaian kajian kualitatif ini ialah bagi menghuraikan asas-asas kualiti tentang peristiwa yang ingin dikaji, bagi mentafsir makna dan hubungan di antara peristiwa-peristiwa tersebut dan bagi menilai kepentingan peristiwa ini dalam kesedaran pendidikan dan sosial.

Friday, December 11, 2009

Aktiviti 1: Ulasan Buku

Bagaimana Kajian Tindakan Boleh Dilakukan

Kajian tindakan dilaksanakan dalam bentuk gegelung yang merangkumi akivti
a) mengenalpasti masalah
b)merancang tindakan
c)pelaksanaan tindakan
d)melakukan refleksi

Kaitkan dengan mini kajian tindakan.
a) Dalam mini kajian tindakan, kami mendapat ramai pelajar kurang memberikan perhatian terhadap pengajaran bahasa Melayu.

Aktiviti 13

a) Teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/ diadaptasi bagi setiap masalah.

Teori Konstruktivisme
Proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam badan manusia. Pelajar akan membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.

b) Bina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajianKerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan

Konseptual bermaksud gambaran secara umum dan menyeluruh.Operasional kajian pula bermaksud

Aktiviti 12: Pemurnian

Aktiviti 11: Tugasan 2: Jurnal

Jurnal 1:

Action Research and Distributed Problem-Based Learning in Continuing Professional Education

oleh David McConnell

Pernyataan Masalah Dalam Kajian:


Jurnal 2:

Improving the effects of group working in classrooms with
young school-aged children: Facilitating attainment,
interaction and classroom activity

oleh Peter Kutnick, Cathy Ota & Lucia Berdondini.

Pernyataan Masalah Dalam Kajian:

Kanak-kanak sering mempunyai lingkungan kawan sendiri, walaubagaimanapun, kanak-kanak ini tidak duduk semeja untuk bekerjasama atau belajar secara berkesan


Jurnal 3:


Teacher characteristics and teaching styles as effectiveness enhancing factors of classroom practice

oleh Marie-Christine Opdenakkera & Jan Van Dammea

Pernyataan Masalah Dalam Kajian:


Mengkaji bagaimana amalan guru di dalam kelas khususnya kaedah mengajar mempengaruhi darjah keberkesanan terhadap proses pembelajaran murid-murid.

Aktiviti 10: Tugasan 1: Buku

Berdasarkan buku yang dibaca:

Tajuk: Teacher as Researchers: Qualitative Inquiry as a Path to Empowerment
Pengarang: Joe L Kincheloe

Bincang tentang "mengenalpasti masalah kajian tindakan".

Menurut penulis, mengenalpasti masalah kajian tindakan turut dikenali sebagai kerja yang tidak elok. Hal ini berdasarkan kepada anggapan:

1. Sosial Darwinism.
2. Semulajadi sebagai musuh.
3. Sains sebagai pembekal 'fakta'.
4. Kecekapan sebagai produktiviti maksimum.
5. Keunggulan tentang kecekapan sistem.
6. Tujuan kerja adalah bertujuan untuk mempromosikan sekurang-kurangnya kebajikan jangka pendek seseorang dan kebanyakkannya kebajikan negara bagi jangka masa pendek.
7. Kemungkinan kegembiraan umat manusia bergantung kepada penerimaan terhadap barangan pengguna.

Selain itu, dalam mengenalpasti masalah untuk dianggap sebagai 'kritikal', perlu memenuhi 5 keperluan berikut:

1. Kajian perlu menolak pandangan ahli positivism tentang rasional, objektif dan kebenaran. Pengkaji yang kritikal akan menolok anggapan fahaman postivism bahawa keseluruhan isu pendidikan adalah bersifat teknikal dan bukannya bersifat politik dan etika.
2. Kajian mestilah lebih berwaspada terhadap tafsiran amalan pengajaran atau nilai-nilai yang diamalkan oleh pendidik. Pemahaman terhadap diri sendiri oleh pendidik yang sentiasa melakukan refleksi akan membantu mereka untuk sedar akan nilai komitmen diri sendiri, nilai komitmen orang lain dan nilai yang dipegang oleh budaya yang dominan.
3. Kajian yang kritikal perlulah dibezakan antara secara ideologi antara tafsiran peribadi dan tafsiran yang lebih meluas. Sebagai contoh, jika pendidik berasa bimbang terhadap interpretasi tempat kerjanya, mereka selalunya berada dalam keadaan yang bahaya. Kajian kritikal ini penting bagi menghurai pegangan palsu ini dengan menyediakan kaedah-kaedah bagi mengatasi kesan pegangan tersebut.
4. Kajian kritikal juga perlu menyingkap aspek-aspek amalan-amalan sosial yang dominan yang menghalang tujuan akhir kebenaran.
5. Kajian kritikal sentiasa dipandu oleh kesedaran tentang bagaimana kajian tersebut diamalkan. Tujuan kajian ialah bagi membantu membimbing pekerjaan guru dengan mengkaji tindakan-tindakan yang sepatutnya diambil sekiranya mereka ingin melakukan penyelesaian terhadap struktur sosial dengan cara tersendiri.

Aktiviti 9: Tugasan 4 - KT Mini

MATLAMAT KAJIAN TINDAKAN (SATU AYAT /PENYATAAN UMUM APA YANG HENDAK DICAPAI DI AKHIR KAJIAN)

Matlamat kajian tindakan ini ialah untuk meningkatkan minat pelajar dalam menghayati dan menguasai sesuatu isi pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Selain itu, ilmu pengetahuan tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

BENTUK OBJEKTIF KAJIAN

•Mengubah amalan pengajaran guru daripada bentuk syarahan kepada penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai.
•Menilai pencapaian pelajar dalam P&P selepas kaedah penggunaan video dan permainan dijalankan
.•Meneroka bagaimana penggunaan video dan permainan dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap P&P.

BENTUK SOALAN KAJIAN
•Bagaimanakah amalan pengajaran guru daripada bentuk syarahan kepada penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai
•Adakah pencapaian pelajar dalam P&P selepas kaedah penggunaan video
•Bagaimana penggunaan video dan permainan dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap P&P?

Aktiviti 8: Tugasan 4 - KT Mini

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran - pengajaran subjek:

1) Cadangan secara individu

Norjannatun bt Hamzah:
Pengajaran sejarah haruslah dipelbagaikan dan teknik menghayati dan mengingati fakta yang terkandung dalam isi pengajaran. Selain itu, gaya penyampaian guru juga perlu berkesan agar penumpuan dan fokus kelas tidak tersasar.

Norhazlinda binti Mohamed Yusoff:
Bagi mengatasi masalah pembelajaran sains, guru perlu memastikan teknik penyampaian yang lebih efektif selain mempelbagaikan kaedah mengajar dan BBM dalam pengajaran.

Mohd Arshad bin Yahya:
Bagi mengatasi kelemahan dalam pengajaran subjek bahasa Melayu, peranan institusi-institusi yang berkaitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka perlu dimanipulasi sepenuhnya oleh guru bagi tujuan P & P. Hal ini bagi memberi pengalaman sebenar kepada pelajar untuk merasai sendiri penggunaan bahasa secara berkesan dan betul seperti sintaksis kesantunan berbahasa, fonologi dan sebagainya. Selain itu, penggunaan ABM dan kaedah mengajar yang betul juga perlu dititikberatkan.

.2) Cadangan dalam pasukan:Kelemahan dalam pengajaran tersebut dapat diselesaikan menerusi kepelbagaian teknik pengajaran bergantung kepada keadaan persekitaran. Keadaan persekitaran meliputi pelajar dan juga kelas. Sebagai tambahan, kaedah pengajaran guru perlu menekankan aspek pemusatan pelajar berbanding pemusatan guru.

Aktiviti 7: Tugasan 4 - KT Mini

Kelemahan pengajaran - pengajaran subjek tersebut

1) Pengalaman secara individu:

Norjannatun bt Hamzah:
Sejarah membosankan kerana lebih banyak melibatkan kaedah syarahan. Hal ini kerana sejarah mengandungi pelbagai fakta yang perlu diingati dan dikuasai.

Norhazlinda Bt Mohamed Yusoff:
Berdasarkan pengalaman, kaedah pengajaran sains yang diajar oleh guru kebanyakkannya tidak sesuai dengan objektif pengajaran. Hal ini kerana guru perlu lebih menggunakan lebih banyak eksperimen dalam makmal berbanding dengan pengajaran di dalam kelas.

Mohd Arshad bin Yahya:
Guru lebih banyak menggunakan kaedah talk and chalk berbanding kaedah video yang lebih praktikal iaitu murid dapat melihat sendiri bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku sekiranya mereka ingin membuat karangan.

2) Pengalaman dalam pasukan:

Kami berpendapat bahawa kelemahan sesuatu P&P adalah disebabkan oleh kurangnya daya kreativiti khususnya dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Misalnya guru lebih banyak menumpukan kepada kaedah papan hitam semata-mata berbanding memanipulasi faktor-faktor persekitaran lain.

3) Pengalaman luar pasukan:

Penggunaan video pada permulaannya menyeronokkan, tetapi tayangan tersebut terlalu lama, pelajar akan menjadi bosan terutamanya jika video tersebut mengenai sesuatu yang skema. Dari aspek kaedah permainan pula, masalah dihadapi dari segi pengawalan kelas dan sukar untuk mengetahui sama ada pelajar faham atau tidak konsep yang dipelajari.

Aktiviti 6: Tugasan 4 - KT Mini

" KAEDAH PERMAINAN DAN VIDEO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN'

Kekuatan pengajaran -pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

1) Pengalaman secara individu:

Norjannatun Hamzah:
Kekuatan penggunaan video dan permainan dalam matapelajaran sejarah dapat membantu meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam isi pengajaran subjek tersebut.

Norhazlinda Mohamed Yusoff:
Kekuatan penggunaan video dan permainan dalam subjek sains dapat membantu meningkatkan minat para pelajar terhadap hipotesis-hipotesis eksperimen yang dijalankan dalam makmal sains.

Mohd Arshad Yahya:
Kekuatan penggunaan video dan permainan dalam matapelajaran bahasa Melayu ialah melibatkan aspek pertuturan dan komunikasi di kalangan para pelajar. Pelajar perlu menguasai kemahiran bahasa sebagai salah satu cara untuk mereka berkomunikasi selain meningkatkan keupayaan kognitif dalam bidang lain.


2) Pengalaman secara pasukan:Penggunaan video dan permainan menjadikan proses P&P lebih interaktif dan menarik. Selain itu, pelajar juga akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menguasai isi pengajaran tersebut.

3) Pengalaman dari rakan-rakan dalam pasukan yang lain:Dari kumpulan husnan: Meningkatkan pemahaman serta mengurangkan kekeliruan mengenai konsep yang diajar/dipelajari

Aktiviti 5: Tugasan 1 dan Tugasan 4 Mini

Apakah maksud guru novis?

Guru novis ialah guru yang serba baru dalam profesion perguruan. Mereka bukan sahaja baru dalam perkhidmatan, juga baru dalam aspek pengajaran, kurikulum, kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran kelas, pelajar dan sebagainya.

Mengapa guru (pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan:

1) Sebagai panduan dan rujukan kepada guru.
2) Membina kemahiran melakukan penyelidikan.
3) Sebagai bahan rujukan kepada masyarakat, sekolah dan guru yang lain.
4) Menjadikan pendidikan di Malaysia lebih berkualiti dan bermutu.
5) Memberi idea kepada guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran mereka.
6) Menjadikan guru lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran matapelajaran.

Mengapa memilih tajuk yang dipilih untuk mini kajian tindakan:

1) Dunia kini semakin maju dengan pelbagai teknologi. Pendidikan juga turut tidak ketinggalan untuk merasai kemajuan ini.
2) Menjadikan proses P&P lebih interaktif.
3) Menggerakkan usaha pemodenan dalam pendidikan.
4) Menggalakkan motivasi di kalangan pelajar dan guru.
5) Menngurangkan jurang teknologi antara sekolah bandar dan luar bandar.
6) Menggalakkan pembelajaran secara bestari dan lestari.

Aktiviti 4: Tugasan 2 Mini Kajian Tindakan

CADANGAN MINI KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN MIKRO YANG MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM P&P

Kumpulan kami memilih tajuk "Kaedah Permainan dan Video dalam P&P".
Tujuan kami memilih tajuk mini kajian ini ialah:

1) Menarik minat pelajar dalam P&P
2) Mempelbagaikan BBM
3) Mewujudkan suasana yang proaktif dalam kelas
4) Menggalakkan proses pembelajaran melalui pelbagai medium baru

•Peserta kajian kami adalah pelajar DPLI UKM Ambilan Julai 2009
•Setting kajian kami adalah dalam kelas pengajaran mikro

Aktiviti 2: Jurnal

Jurnal 1:

Meningkatkan Kesan-Kesan Kerja Berkumpulan di dalam Kelas-Kelas Pada Peringkat Persekolahan Kanak-Kanak: Memudahkan Pencapaian, Interaksi dan Aktiviti Kelas.
Oleh Peter Kutnick, Cathy Ota dan Lucia Berdondini.Jabatan Pendidikan dan Pengajian Profesional, King College, Universiti of London, Franklin-Wilkins Building, Waterloo Road, London SE1 9NH, United Kingdom.

Sinopsis: Kanak-kanak sekolah rendah biasanya sering duduk di dalam kumpulan-kumpulan tertentu namun kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini tidak bekolaborasi atau belajar dengan berkesan dalam kumpulan-kumpulan tersebut. Kajian ini tertumpu kepada kanak-kanak berumur 5-7 tahun. Dengan menggunakan gaya quasi-experimental, kanak-kanak yang berada di dalam kelas eksperimental telah melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan kerja berkumpulan sepanjang sesi persekolahan. Sembilan ratus dan 80 kanak-kanak (dari 17 experimental dan 21 kelas-kelas kawalan) telah dinilai dan telah dibandingkan bagi pencapaian (membaca dan mengira), motivasi bagi kerja kumpulan dan kelakuan/ keramahan. Selang setahun berlalu, kanak-kanak di dalam kelas eksperimental tersebut lebih maju berbanding dengan kana-kanak yang dikawal dari segi pandangan terhadap pencapaian akademik, motivasi tentang bekerja dengan orang lain, kumpulan dan fokus kerja dan telah menunjukkan interaksi yang lebih pada peringkat yang tinggi dengan rakan-rakan. Hal ini boleh disimpulkan bahawa kanak-kanak boleh berhubung dengan berkesan dalam kerja kumpulan yang mampu meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Jurnal 2:


Jurnal 3: