Friday, December 11, 2009

Aktiviti 7: Tugasan 4 - KT Mini

Kelemahan pengajaran - pengajaran subjek tersebut

1) Pengalaman secara individu:

Norjannatun bt Hamzah:
Sejarah membosankan kerana lebih banyak melibatkan kaedah syarahan. Hal ini kerana sejarah mengandungi pelbagai fakta yang perlu diingati dan dikuasai.

Norhazlinda Bt Mohamed Yusoff:
Berdasarkan pengalaman, kaedah pengajaran sains yang diajar oleh guru kebanyakkannya tidak sesuai dengan objektif pengajaran. Hal ini kerana guru perlu lebih menggunakan lebih banyak eksperimen dalam makmal berbanding dengan pengajaran di dalam kelas.

Mohd Arshad bin Yahya:
Guru lebih banyak menggunakan kaedah talk and chalk berbanding kaedah video yang lebih praktikal iaitu murid dapat melihat sendiri bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku sekiranya mereka ingin membuat karangan.

2) Pengalaman dalam pasukan:

Kami berpendapat bahawa kelemahan sesuatu P&P adalah disebabkan oleh kurangnya daya kreativiti khususnya dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Misalnya guru lebih banyak menumpukan kepada kaedah papan hitam semata-mata berbanding memanipulasi faktor-faktor persekitaran lain.

3) Pengalaman luar pasukan:

Penggunaan video pada permulaannya menyeronokkan, tetapi tayangan tersebut terlalu lama, pelajar akan menjadi bosan terutamanya jika video tersebut mengenai sesuatu yang skema. Dari aspek kaedah permainan pula, masalah dihadapi dari segi pengawalan kelas dan sukar untuk mengetahui sama ada pelajar faham atau tidak konsep yang dipelajari.

No comments:

Post a Comment