Friday, December 11, 2009

Aktiviti 5: Tugasan 1 dan Tugasan 4 Mini

Apakah maksud guru novis?

Guru novis ialah guru yang serba baru dalam profesion perguruan. Mereka bukan sahaja baru dalam perkhidmatan, juga baru dalam aspek pengajaran, kurikulum, kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran kelas, pelajar dan sebagainya.

Mengapa guru (pelatih/novis/berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan:

1) Sebagai panduan dan rujukan kepada guru.
2) Membina kemahiran melakukan penyelidikan.
3) Sebagai bahan rujukan kepada masyarakat, sekolah dan guru yang lain.
4) Menjadikan pendidikan di Malaysia lebih berkualiti dan bermutu.
5) Memberi idea kepada guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran mereka.
6) Menjadikan guru lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran matapelajaran.

Mengapa memilih tajuk yang dipilih untuk mini kajian tindakan:

1) Dunia kini semakin maju dengan pelbagai teknologi. Pendidikan juga turut tidak ketinggalan untuk merasai kemajuan ini.
2) Menjadikan proses P&P lebih interaktif.
3) Menggerakkan usaha pemodenan dalam pendidikan.
4) Menggalakkan motivasi di kalangan pelajar dan guru.
5) Menngurangkan jurang teknologi antara sekolah bandar dan luar bandar.
6) Menggalakkan pembelajaran secara bestari dan lestari.

No comments:

Post a Comment